Followers

Sunday, February 20, 2011

LAPORAN RINGKAS KURSUS KEPIMPINAN DI TASIK DARUL AMAN, JITRA, KEDAH

 

14 Jan 2011
6.00 petang – 9 orang ahli kelab pemadam unimap menaiki bas bersama-sama peserta-peserta yang lain dari wang ulu dan bertolak ke Paya Pahlawan Resort.
8.00 malam – tiba di masjid kampung binjal. turut tiba bas peserta dari kampung wai, semarak, dan simpang empat..Di sana kami berkumpul, solat Maghrib, makan malam dan kami mula memilih AJK untuk kem ini bermula dari perlantikan penghulu sehinggalah ke AJK biasa seperti Ketua Masakan, Ketua Keselamatan, Ketua Kerohanian dan Ketua______________...semua peserta bebas untuk masuk mana-mana biro yang dikehendaki..
Kami telah diberi satu gelang (bend) yang bercop dimana gelang ini adalah nama kumpulan masing-masing..ada lapan kumpulan kesemuanya..setiap peserta wajib memakai gelang ini setiap masa..setiap kumpulan kemudiannya diberi barang amanah untuk dijaga setiap masa.

Selepas solat Isya’, kami berkumpul mengikut kumpulan masing-masing. Kemudian kami mula bergerak ke Paya Pahlawan Resort dengan berjalan kaki sejauh 2-3 kilometer. Perjalanan dimulai dengan dua orang penanda (marker).

Setibanya di Paya Pahlawan Resort, kami terus memasang khemah. 3 orang untuk satu khemah. Arahan diberi untuk memasang khemah tanpa mengeluarkan sebarang suara. Kesemua khemah siap dipasang dalam tempoh 15 minit.
 
Penghuluwati kemudian memberitahu bahawa setiap kumpulan perlu menyiapkan bendera kumpulan, jata kumpulan dan sorak kumpulan kerana setiap kumpulan perlu membentangkan setiap kerja tadi pada jam 9.00 pagi keesokkan harinya. Jam pada waktu itu 12.00 tengah malam.

Setelah semuanya selesai, setiap peserta masuk ke khemah masing-masing dan tidur kecuali dari Biro Keselamatan untuk menjaga kawasan khemah pada waktu yang telah ditetapkan.

15 Jan 2011
5.30 pagi – Kesemua peserta mula bangun untuk persiapan diri dan Biro Makanan mula memasak. Setelah semuanya siap, kesemua peserta wajib solat subuh berjemaah di khemah yang telah disediakan untuk bersolat.

Kemudian kami berkumpul untuk nyanyian lagu Negaraku, Wawasanku dan Bacaan Ikrar. Setelah membuat senaman pagi kami bersarapan.

Setelah bersarapan, kami bergerak ke tempat berakit. Sebelum sampai ke tempat rakit, kami telah diberi ‘senaman’ khas oleh salah seorang fasilitator kami. Agak penat tetapi untuk kebaikan bersama. Ini bagi mengelakkan kekejangan otot ketika berakit.

Setelah taklimat diberi, kami mengambil jaket keselamatan dan mula masuk ke dalam air untuk ‘water confident’. Setelah semuanya selesai, baru kami diberi peluang untuk naik rakit yang telah siap dipasang (diperbuat daripada buluh dan tong drum). Setiap kumpulan diberi arahan tertentu (laluan jalan) dan perlu sampai ke ‘check point’ untuk membuat ‘ water crossing’.

12.00 tengah hari – aktivit rakit selesai dan peserta berkumpul di tempat perkhemahan. Peserta yang tiba awal bekerjasama untuk memasak kerana makanan perlu disiapkan sebelum jam 1.30 tengah hari.

Setelah makan tengah hari dan solat Zuhur, kami berkumpul untuk aktiviti seterusnya. Bacaan kompas. Kami diajar membaca bearing kompas dan sebagainya. Kemudian kami melakukan aktiviti seakan-akan mencari harta karun menggunakan kompas yang setiap kumpulan ada. Setiap kumpulan diberi bearing kumpulan yang lain. Dengan berpandukan bearing yang diberi, kami dikehendaki mencari ‘harta karun’ tersebut.

5.00 petang - Setelah permainan tersebut selesai, kami kembali ke khemah. Kami mendapat arahan baru untuk melakukan persembahan yang bertemakan ‘perkhahwinan melayu’. Setiap kumpulan perlu mempersembahkan persembahan mereka selepas BBQ pada malam itu.

9.00 malam – Kesemua peserta dan fasilitator makan beramai-ramai (BBQ) di tepi tasik. Setelah makan, persembahan dimulakan. Setiap kumpulan akan dikomen oleh juri setelah persembahan selesai. Setelah tamat persembahan, setiap kumpulan perlu menghantar wakil untuk berkaraoke.

1.00 pagi – Aktiviti malam itu selesai dan semua peserta kembali ke khemah masing-masing.

16 Jan 2011
5.30 pagi – Persiapan diri dan penyediaan makanan. Setelah solat Subuh, kesemua khemah dirobohkan. Kemudian kami bersarapan dan berkumpul untuk bergerak ke dewan terbuka untuk Majlis Penutupan.
Di dewan terbuka kami diberi tugasan baru. Setiap kumpulan perlu membentangkan apa yang diperolehi sepanjang berada di kem ini bermula dari masjid.



Setelah ucapan penutupan majlis oleh Dekan HEPA, Encik Razli. Kami bersalaman antara satu sama lain. Setelah itu, kami makan tengah hari, solat Zuhur dan bertolak pulang ke UniMAP.

No comments:

Post a Comment