Followers

Sunday, March 6, 2011

LAWATAN KE PUSPEN 26 FEB 2011 DI BUKIT CHABANG, PERLIS.

PUSPEN (Pusat Pemulihan Penagihan Nakotik) atau dulunya dikenali sebagai pusat serenti merupakan pusat penahanan bagi penagih dadah di Malaysia. Falsafah pengwujudan Klinik Pemulihan dan Prihatin 1Malaysia ini adalah bagi menyediakan perkhidmatan rawatan dan pemulihan kepada seluruh warganegara Malaysia yang berhadapan dengan masalah dadah. Ia merupakan PUSPEN PERTAMA berkonsepkan sedemikian dan penubuhannya dilihat sejajar dengan gagasan 1Malaysia: “Rakyat didahulukan Pencapaian Diutamakan”




bermula dari seawal 7.30 pagi, semua pelajar berkumpul di dewan untuk menaiki bas ke PUSPEN yang terletak di Bukit Chabang. sampainya kami di PUSPEN, kami disambut dengan ramah mesra oleh kakitangan PUSPEN itu sendiri. kami bersama penghuni PUSPEN melakukan aktiviti senaman aerobik bersama-sama. 


 

selepas itu, kami menikmati makanan pagi yang disediakan oleh pihak PUSPEN sebelum acara seterusnya dijalankan. 

sebagai permulaan, ceramah agama diberikan bagi memberi kesedaran pada setiap penghuni dan juga pelajar serta saudara kepada penghuni yang hadir pada hari itu. dengan harapan memberi sedikit keyakinan pada mereka semasa mereka dibebaskan kelak. dan juga memberi peringatan agar tidak memandang rendah pada mereka.

antara isi ceramah yang lain adalah memberi peringatan pada penghuni PUSPEN yang bakal dibebaskan agar membuat saringan HIV jika ingin mendirikan rumah tangga. antara kepentingan membuat ujian tersebut adalah untuk menjamin kesejahteraan hidup semua masyarakat.

istimewanya pada hari itu, Raja Muda Perlis, DYMM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail & Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah turut mencemar duli menghadiri majlis di PUSPEN terus berkenan memberi watikah pembebasan kepada 11 penghuni yang telah memenuhi syarat kelayakkan untuk dibebaskan. 

kami juga dihiburkan dengan persembahan boria oleh kumpulan yang terdiri daripada penghuni itu sendiri. selepas itu, Raja Muda bersama Raja Puan Muda sama-sama merasmikan galeri di PUSPEN sambil disaksikan oleh segenap rakyat perlis. 
majlis kemudiannya berakhir dalam jam satu petang. kami semua pulang ke kediaman UniMAP bersama kenangan dan info yang berguna buat kami semua.
*maaf, banyak gambar yang tidak dapat disertakan atas masalah-masalah tertentu. mungkin akan disertakan dalam entri yang seterusnya.





No comments:

Post a Comment