Followers

Thursday, March 17, 2011

Ceramah Anti Dadah Bersama AADK Perlis dan Ahli PEMADAM UniMAP.

                                                                                                                                                                          
       
penceramah : Encik Razi bin Hashim

beberapa paparan slide yang menarik beserta ucapan yang ringkas dan padat telah disampaikan kepada kami. kami ditunjukkan beberapa gambar keadaan penagih yang tegar dan menerangkan gejala-gejala seorang pengguna atau penagih dadah.

antara gejala tersebut :

  1. selalu tidak hadir ke kelas mahupun tempat kerja mungkin kerana faktor penggunaan dadah hingga ke larut malam dan menjejaskan kualiti tidur mereka.
  2. mereka juga mengalami perubahan sikap dan tingkah laku memandangkan mereka berada dalam tahap kawalan semasa penggunaan dadah.
  3. berhati-hati jika terdapat parut mahupun bekas suntikan pada anggota badan mereka.
  4. mereka hilang selera makan dan hilang berat badan dengan banyak.
  5. mereka juga mengalami simptom mata berair, mata merah dan kuyu.
  6. golongan ini juga gemar mengasingkan diri selain kerap meminjam wang dan mencuri barang untuk dijual untuk membeli dadah.

golongan penagih dadah harus dibantu memandangkan jumlah teramai yang menyumbang dalam faktor penyalahgunaan dadah merupakan golongan belia yang sepatutnya menjadi tonggak di masa hadapan.
tinggi sekali kemungkinan untuk mereka terlibat dalam penggunaan dadah jika mereka :

  1. hilang kawalan atau tekanan.
  2. mempunyai perasaan ingin tahu.
  3. pengaruh daripada rakan sebaya.
  4. untuk keseronokan dan diterima dalam kumpulan.
  5. boleh juga disebabkan tidak sengaja dan menyebabkan ketagihan.
kami diberi pesan supaya menjauhi najis dadah ini kerana ia boleh menjatuhkan kita sebagai belia dan menyumbang kepada faktor kemunduran ekonomi negara.

Friday, March 11, 2011

random pictures at PUSPEN, Bukit Chabang, Perlis

excited!!!
some of the girls :)
us!PEMADAM
Raja Muda and Raja Puan Muda merasmikan galeri
sebahagian penghuni PUSPEN
nydp kami
penghuni yang diberikan watikah pembebasan
persembahan dari penghuni PUSPEN

Sunday, March 6, 2011

LAWATAN KE PUSPEN 26 FEB 2011 DI BUKIT CHABANG, PERLIS.

PUSPEN (Pusat Pemulihan Penagihan Nakotik) atau dulunya dikenali sebagai pusat serenti merupakan pusat penahanan bagi penagih dadah di Malaysia. Falsafah pengwujudan Klinik Pemulihan dan Prihatin 1Malaysia ini adalah bagi menyediakan perkhidmatan rawatan dan pemulihan kepada seluruh warganegara Malaysia yang berhadapan dengan masalah dadah. Ia merupakan PUSPEN PERTAMA berkonsepkan sedemikian dan penubuhannya dilihat sejajar dengan gagasan 1Malaysia: “Rakyat didahulukan Pencapaian Diutamakan”




bermula dari seawal 7.30 pagi, semua pelajar berkumpul di dewan untuk menaiki bas ke PUSPEN yang terletak di Bukit Chabang. sampainya kami di PUSPEN, kami disambut dengan ramah mesra oleh kakitangan PUSPEN itu sendiri. kami bersama penghuni PUSPEN melakukan aktiviti senaman aerobik bersama-sama. 


 

selepas itu, kami menikmati makanan pagi yang disediakan oleh pihak PUSPEN sebelum acara seterusnya dijalankan. 

sebagai permulaan, ceramah agama diberikan bagi memberi kesedaran pada setiap penghuni dan juga pelajar serta saudara kepada penghuni yang hadir pada hari itu. dengan harapan memberi sedikit keyakinan pada mereka semasa mereka dibebaskan kelak. dan juga memberi peringatan agar tidak memandang rendah pada mereka.

antara isi ceramah yang lain adalah memberi peringatan pada penghuni PUSPEN yang bakal dibebaskan agar membuat saringan HIV jika ingin mendirikan rumah tangga. antara kepentingan membuat ujian tersebut adalah untuk menjamin kesejahteraan hidup semua masyarakat.

istimewanya pada hari itu, Raja Muda Perlis, DYMM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail & Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah turut mencemar duli menghadiri majlis di PUSPEN terus berkenan memberi watikah pembebasan kepada 11 penghuni yang telah memenuhi syarat kelayakkan untuk dibebaskan. 

kami juga dihiburkan dengan persembahan boria oleh kumpulan yang terdiri daripada penghuni itu sendiri. selepas itu, Raja Muda bersama Raja Puan Muda sama-sama merasmikan galeri di PUSPEN sambil disaksikan oleh segenap rakyat perlis. 
majlis kemudiannya berakhir dalam jam satu petang. kami semua pulang ke kediaman UniMAP bersama kenangan dan info yang berguna buat kami semua.
*maaf, banyak gambar yang tidak dapat disertakan atas masalah-masalah tertentu. mungkin akan disertakan dalam entri yang seterusnya.