Followers

Sunday, October 16, 2011

Lawatan ke Rumah Seri Kenangan, Kangar.

seramai 48 orang ahli kelab PEMADAM UniMAP menyertai aktiviti beramah mesra bersama warga emas di
Rumah Seri Kenangan, Kangar (RSK) pada 16/10/2010 bersamaan hari ahad.



aktiviti pertama setelah diberi taklimat mengenai RSK ini adalah acara senamrobik yang menjadi tarikan warga emas di sini.


mereka disini kebanyakkannya masuk secara sukarela ataupun perintah mahkamah. selalunya melalui perintah mahkamah adalah mereka yang terdiri daripada kutu rayau dan pengemis. 


lihat betapa gembiranya mereka :)


acara kemudian diteruskan dengan pakaian beragam dengan menggunakan kertas terpakai. tiada tema yang ditetapkan. semua ahli PEMADAM sibuk membantu menghias mak cik dan pak cik di sini.




kemudian acara baling belon yang berisi air. peserta akan dikira menang jikalau belon itu tidak pecah.


mengisi air dalam botol dengan  menggunakan span adalah salah satu acara yang mereka gemari. 


dengan jeritan ahli PEMADAM, warga emas di sini tersenyum-senyum meneruskan permainan ini.


waktu makan tengahari mereka, ahli PEMADAM menolong mengisi tray makanan mereka dan menyusun di meja makan.


mereka hanya dibenarkan masuk apabila makanan siap dihidang. lauk tengahari pada hari itu adalah ikan masak singgang dan sayur goreng. makanan mereka seperti nasi telah ditetapkan sukatannya.  difahamkan, majoriti penghuni disini menghidap penyakit seperti diabetes dan lain-lain.


menyampaikan goodie bags, hamper dan sumbangan berupa biskut ke setiap penghuni RSK. 


dipetik dari kata-kata ahli PEMADAM sendiri;

apabila mereka kudrat-kudrat tua ketawa melihat kami disana,
dan betapa kulihat jua kudrat-kudrat tua ini bertenggek menghadapi sisa-sisa hidup,
sunyi tak bersuara,
bersuara tanpa difahami,
menzahirkan cerita-cerita yg sedih dan gembira,
menatap wajah-wajah kami dengan penuh persoalan,
di manakah anak-anakku??

khairul azri jamial~

Sunday, October 9, 2011

kami mengalu-alaukan penyertaan dari anda! ^^

PENGAMBILAN AHLI BARU KELAB PEMADAM
UNIMAP TAHUN 2011

Pengambilan ini TERBUKA kepada semua pelajar. Penyertaan pelajar TAHUN 1 sangat digalakkan .


Penyertaan di buka dari 27 September 2011 sehingga 3 Oktober 2011 (telah dilanjutkan bergantung kepada penyertaan)


sebarang pertanyaan boleh menghubungi :


Raja Noraisar bt Raja Ab Rahim ( 019-4515271)
(BIRO Perhubungan Luar)
Muhammad Farham b Che Mansor  (013-4374350)
(Presiden PEMADAM UniMAP)








malam tadi 9/10/2011 telah diadakan perjumpaan ringkas antara ahli lama dan ahli baru bagi membincang aktiviti kami yang telah lepas juga sesi pengenalan Majlis Tertinggi & AJK PEMADAM UniMAP.


antara aktiviti kami ialah :

1) explorace PEMADAM di sekitar Kangar
2) konvesyen antarabangsa di Penang
3) lawatan ke PUSPEN di Bukit Chabang, Perlis
4) forum usahawan antara bekas penagih di Bukit Lagi, Perlis
5) konvesyen kelab PEMADAM IPTA di UTM, Skudai, Johor
6) aktiviti ice-breaking dan game antara ahli kelab


aktiviti akan datang :

1) aktiviti amal di Rumah Seri Kenangan 




Tuesday, October 4, 2011

gambar gambar kami.


NYDP Nurul Huda bersama pengiring UniMAP ke UTM. majlis makan malam diadakan dan diserikan dengan kehadiran Haziq dan juga ucapan dari orang penting PEMADAM sendiri. tidak lupa akujanji dari wakil setiap IPTA.


makan malam.

bacaan sajak dari pelajar UniMAP.


akujanji ahli kelab PEMADAM seluruh IPTA.

memanaskan badan sebelum acara larian.

antara aktiviti oleh pasukan explorace : membersihkan kandang kuda!


kami mendapat tempat ketiga! 


pentunjukkan oleh pasukan polis. anjing dibawa masuk untuk melakukan demonstrasi bagaimana anjing digunakan dalam membanteras dadah.


UniMAP bebas DADAH!


Sunday, August 28, 2011

sedutan Konvesyen PEMADAM di UTM yg lalu

"seperti juga dilaporkan terdapat kes di mana kanak-kanak seawal usia 6 tahun didapati meninggal dunia akibat kegagalan saraf otak untuk berfungsi. selepas didiagnosis, ternyata kematian tersebut disebabkan oleh menghidu thinner.

dalam hal yang demikian seperti penghidu gam, pihak polis tidak dapat berbuat apa-apa disebabkan tiada akta seperti dadah untuk polis berkuasa menahan mereka. setekat ini polis hanya menasihati masalah ini yang kebanyakkannya ialah golongan belia.

sementara yang paling tua ditempatkan di penjara Seremban adalah pak cik yang berusia 67 tahun. kita sebagai manusia berhak menegur setiap kesalahan yang kita mampu dengan menggunakan tangan, lidah mahupun selemah-lemah iman dengan teguran melalui hati kita sendiri.

stress ataupun tekanan merupakan salah satu punca mereka mengambil dadah. seperti juga kes di mana seorang lelaki mengambil dadah kerana tekanan bercinta. bacalah ayat Al-Imran yang terakhir dan amalkan pada setiap pagi dan petang untuk menghindari perasaan benci dan hidup dengan lebih tenang."

berikut merupakan petikan dari ucapan semasa di UTM tersebut. ternyata dadah tidak membawa apa jua kebaikan. :)

*selamat datang kepada pelajar-pelajar baru untuk kemasukkan ke UniMAP dan juga universiti seumpama di Malaysia. kepada "senior", selamat bergelumang dengan tugasan masing-masing.

Friday, June 3, 2011

hidu gam itu menarik?

seperti yang diketahui, menghidu gam sangat berbahaya dan mendatangkan komplikasi kepada kesihatan kita. seperti juga dadah, gam yang biasa diguna untuk bahan perekat telah disalahgunakan oleh kebanyakan belia sekarang. antara keburukkan menghidu gam adalah :

a) kematian, kerana ia mengandungi organik atau bahan organikseperti toluena serta trichloroethylene yang bertoksik dan mengganggu fungsi jantung kita. ia menyebabkan denyutan jantung menjadi tidak stabil dan peredaran darah tidak stabil lalu menyebabkan kematian jika dihidu berlebihan.

b) memberi kesan serta merta seperti euforia iaitu kelihatan gembira tanpa sebab.

c) peringkat permulaan sebelum terjebak dengan dadah. peratusannya amat tinggi.

d) risiko menjadi nyanyuk, hilang ingatan, psikotik atau gila dan hilang keupayaan deria.

e) boleh mengakibatkan lumpuh jika dihidu berlebihan.

f) boleh bertindak di luar kawalan seperti gejala yang kurang sihat seperti mencederakan diri sendiri mahupun orang awam.

namun begitu tiada akta yang khas dalam penyalahgunaan bahan perekat ini menyebabkan polis tiada kuasa untuk menahan penghidu yang semakin bertambah bilangannya. dan paling menyedihkan adalah golongan belia merupakan golongan paling ramai.

SUMBER dari akhbar. kalau inginkan maklumat lebih lanjut mengenai bahan perekat sama ada bahan dan kesan implikasi boleh klik SINI.

NOTA KAKI : tidak dapat sambung bahagian seterusnya untuk aktiviti di UTM kerana masalah meng"upload" gambar. akan diusahakan secepatnya. maaf.

Saturday, May 28, 2011

ke UTM - BHG I

Hari khamis ; 19 Mei 2011
dalam perjalanan ke UTM


Bas bertolak dari kediaman di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) seawal jam 8 pagi. Beberapa pelajar ada di perhentian yang lain seperti Bukit Gantang dan Bukit Jalil sebelum sampai ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang terletak di Skudai, Johor. Sepanjang perjalanan pelajar menyanyi, tidur dan merenung ke luar. 


Dekat jam 10 malam barulah tiba di UTM. Kami ditempatkan di Kolej Kediaman Tun Hussein Onn. Selepas mengambil kunci, kami semua naik ke bilik yang memuatkan dua orang untuk berehat dan menunggu aktiviti yang seterusnya pada keesokkan harinya. 

hari pertama ke DSI (dewan seri iskandar)


*sedikit info : di UTM telah dilangsungkan konvesyen PEMADAM yang menghimpunkan IPT seleuruh Malaysia dalam usaha memberi maklumat berguna kepada setiap ahli PEMADAM dan juga diselitkan pertandingan di antara IPT. Penceramah yang dijemput memberikan sepenuh maklumat yang dikira sangat penting terutama dalam menyahut usaha negara yang mahukan negara bebas dari dadah pada tahun 2015.

**akan datang : pengisian ceramah dan beberapa aktiviti lain. 

Monday, May 23, 2011

maaf dipinta.

kemaafan dipinta buat semua. bukan apa, lama sangat blog ini ditinggalkan bersawang. sepatutnya saya sebagai moderator blog ini haruslah update dengan berkala bukan?sibuk dengan tugasan, hal masa dan line internet yg bermasalah merupakan beberapa punca. dan sebenarnya hampir terlupa dengan blog ini. maaf maaf. sementelah cuti ini, akan diupdate dengan sebarang aktiviti PEMADAM UniMAP yg tertinggal.

antara aktiviti terbaru yg PEMADAM unimap join adalah konvesyen PEMADAM di utm oleh seluruh ipt di Malaysia. insyaAllah, akan diupdate dalam sehari dua. gambar masih dalam proses.

walau apa pun. sebagai belia, jauhi dadah!!!





***Sekali lagi. maaf dipinta.

Thursday, March 17, 2011

Ceramah Anti Dadah Bersama AADK Perlis dan Ahli PEMADAM UniMAP.

                                                                                                                                                                          
       
penceramah : Encik Razi bin Hashim

beberapa paparan slide yang menarik beserta ucapan yang ringkas dan padat telah disampaikan kepada kami. kami ditunjukkan beberapa gambar keadaan penagih yang tegar dan menerangkan gejala-gejala seorang pengguna atau penagih dadah.

antara gejala tersebut :

  1. selalu tidak hadir ke kelas mahupun tempat kerja mungkin kerana faktor penggunaan dadah hingga ke larut malam dan menjejaskan kualiti tidur mereka.
  2. mereka juga mengalami perubahan sikap dan tingkah laku memandangkan mereka berada dalam tahap kawalan semasa penggunaan dadah.
  3. berhati-hati jika terdapat parut mahupun bekas suntikan pada anggota badan mereka.
  4. mereka hilang selera makan dan hilang berat badan dengan banyak.
  5. mereka juga mengalami simptom mata berair, mata merah dan kuyu.
  6. golongan ini juga gemar mengasingkan diri selain kerap meminjam wang dan mencuri barang untuk dijual untuk membeli dadah.

golongan penagih dadah harus dibantu memandangkan jumlah teramai yang menyumbang dalam faktor penyalahgunaan dadah merupakan golongan belia yang sepatutnya menjadi tonggak di masa hadapan.
tinggi sekali kemungkinan untuk mereka terlibat dalam penggunaan dadah jika mereka :

  1. hilang kawalan atau tekanan.
  2. mempunyai perasaan ingin tahu.
  3. pengaruh daripada rakan sebaya.
  4. untuk keseronokan dan diterima dalam kumpulan.
  5. boleh juga disebabkan tidak sengaja dan menyebabkan ketagihan.
kami diberi pesan supaya menjauhi najis dadah ini kerana ia boleh menjatuhkan kita sebagai belia dan menyumbang kepada faktor kemunduran ekonomi negara.

Friday, March 11, 2011

random pictures at PUSPEN, Bukit Chabang, Perlis

excited!!!
some of the girls :)
us!PEMADAM
Raja Muda and Raja Puan Muda merasmikan galeri
sebahagian penghuni PUSPEN
nydp kami
penghuni yang diberikan watikah pembebasan
persembahan dari penghuni PUSPEN

Sunday, March 6, 2011

LAWATAN KE PUSPEN 26 FEB 2011 DI BUKIT CHABANG, PERLIS.

PUSPEN (Pusat Pemulihan Penagihan Nakotik) atau dulunya dikenali sebagai pusat serenti merupakan pusat penahanan bagi penagih dadah di Malaysia. Falsafah pengwujudan Klinik Pemulihan dan Prihatin 1Malaysia ini adalah bagi menyediakan perkhidmatan rawatan dan pemulihan kepada seluruh warganegara Malaysia yang berhadapan dengan masalah dadah. Ia merupakan PUSPEN PERTAMA berkonsepkan sedemikian dan penubuhannya dilihat sejajar dengan gagasan 1Malaysia: “Rakyat didahulukan Pencapaian Diutamakan”




bermula dari seawal 7.30 pagi, semua pelajar berkumpul di dewan untuk menaiki bas ke PUSPEN yang terletak di Bukit Chabang. sampainya kami di PUSPEN, kami disambut dengan ramah mesra oleh kakitangan PUSPEN itu sendiri. kami bersama penghuni PUSPEN melakukan aktiviti senaman aerobik bersama-sama. 


 

selepas itu, kami menikmati makanan pagi yang disediakan oleh pihak PUSPEN sebelum acara seterusnya dijalankan. 

sebagai permulaan, ceramah agama diberikan bagi memberi kesedaran pada setiap penghuni dan juga pelajar serta saudara kepada penghuni yang hadir pada hari itu. dengan harapan memberi sedikit keyakinan pada mereka semasa mereka dibebaskan kelak. dan juga memberi peringatan agar tidak memandang rendah pada mereka.

antara isi ceramah yang lain adalah memberi peringatan pada penghuni PUSPEN yang bakal dibebaskan agar membuat saringan HIV jika ingin mendirikan rumah tangga. antara kepentingan membuat ujian tersebut adalah untuk menjamin kesejahteraan hidup semua masyarakat.

istimewanya pada hari itu, Raja Muda Perlis, DYMM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail & Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah turut mencemar duli menghadiri majlis di PUSPEN terus berkenan memberi watikah pembebasan kepada 11 penghuni yang telah memenuhi syarat kelayakkan untuk dibebaskan. 

kami juga dihiburkan dengan persembahan boria oleh kumpulan yang terdiri daripada penghuni itu sendiri. selepas itu, Raja Muda bersama Raja Puan Muda sama-sama merasmikan galeri di PUSPEN sambil disaksikan oleh segenap rakyat perlis. 
majlis kemudiannya berakhir dalam jam satu petang. kami semua pulang ke kediaman UniMAP bersama kenangan dan info yang berguna buat kami semua.
*maaf, banyak gambar yang tidak dapat disertakan atas masalah-masalah tertentu. mungkin akan disertakan dalam entri yang seterusnya.





Monday, February 28, 2011

Xplorace Pemadam UniMAP

PEMADAM telah mengadakan program explorace dengan jayanya di sekitar Kangar pada 19/2/2011. Pengarah projek bagi program ini KHAIRUL AZRI berpendapat bahawa program ini mampu mengeratkan hubungan sesame ahli dan tidah lari dari tujuan asal untuk mempromosikan kelab PEMADAM dan menyampaikan risalah mengenai dadah kepada orang awam. 


Seawal jam 8 pagi setiap kumpulan diminta untuk berkumpul di dewan terbuka Wang Ulu. Semuanya berjalan lancer dengan sedikit taklimat mengenai program ini dan keselamatan. Dengan menaiki bas, kumpulan ini bergerak ke Kangar.
 
 
Sebelum masuk ke perpustakaan UniMAP, setiap kumpulan diberi sebiji telur yang telah ditandatangani dan membuat identiti untuk setiap kumpulan daripada kertas yang diberi. 
 
Kemudian mereka bergerak ke ‘checkpoint’ pertama iaitu perpustakaan untuk mencari klu ke tempat seterusnya. 
 
 
Bagi mereka yang jarang ke perpustakaan memang agak payah kerana menggunakan sistem OPEC bagi mencari klu yang telah disembunyikan di dalam buku. Mereka masing-masing diberi judul buku untuk mendapat klu. 
 

 

Mereka akan bergerak ke tempat yang dinyatakan di dalam klu seperti di kawasan ‘My Way Bistro’.  Tetapi, mereka tidak dapat klu seterusnya dengan mudah. Seperti di ‘checkpoint’ ini, mereka dikehendaki untuk membuat pantun 4 kerat mengenai dadah dan makan roti yang telah diletakkan bawang, campuran kaya dan bawang putih serta serbuk mocca.

Di tempat lain pula, mereka diminta untuk menyusun batu kecil mengikut kreativiti tersendiri
 

Selain itu, di ‘checkpoint’ lain. Mereka diminta menjawab teka-teki yang diberi dan diminta mencari barang berharga seringgit.
 

 

 
 
Dalam banyak-banyak barang, sayur juga menjadi pilihan kumpulan ini. Hehe.

Mereka terus berjalan…..
 
Dan berjalan....
 
Untuk ke ‘checkpoint’ seterusnya.

Selepas itu mereka akan ke ‘checkpoint’ yang mana mereka akan mengimbau zaman kanak-kanak mereka iaitu di taman permainan. Di situ mereka diminta meniup belon sehingga pecah.
 
Oh ya, belon telah diisikan dengan tepung. Putih berseri mereka. Haha.

Di samping itu, mereka turut mengedarkan risalah mengenai dadah kepada orang awam.

 

 

Untuk ‘checkpoint’ yang terakhir, mereka diminta untuk mecari pengarah projek ini, KHAIRUL AZRI. Tetapi bukan dalam keadaan yang biasa kami jumpa. Tetapi…..

 
Muka dan badan disapu dengan minyak dari rantai motor.



Mereka kepenatan



Sementara menunggu makanan sampai, mereka bermain permainan memindahkan straw dengan menggunakan straw.
JUARA :

 
 
TETAPI ANDA SEMUA HEBAT!!!